Tuesday, 22 November 2011

barang-barang antik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya...
 post kali ni saya nak tunjuk barang-barang antik seperti duit syiling lama yang dijumpai serta barang yang diterima daripada orang yang mengubati saya semasa kena santau..jadi mari kite tgk barang-barangnya


duit syiling lama pemberian dari rakan-rakan dan ada juga yg dijumpai di 
hutan MRSM MUAR
p/s :: tiada yang dibeli dikedai




cincin : dijumpai 
batu : pemberian rakan
keris : pemberian dari orang yang mengubat saya ketika sakit..
keris ini sangat istimewa kerana ada tertulis kalimah ALLAH  S.W.T
untuk melihat dengan lebih jelas sila zoom gambar tersebut.
buluh tumpat  : dijumpai di hutan MRSM MUAR dalam kuantiti yang sedikit
dan telah dibahagikan bersama rakan-rakan,,buluh ini tidak terbakar dan tidak reput 
walaupun telah berbulan lamanya berjemur.



duit syiling lama yang berasal dari berbagai negara
ada yang dijumpai sewaktu MRSM MUAR membina bangunan baru dan meruntuhkan
bangunan-bangunan asrama lama.


duit kertas lama kepuyaan sendiri dan yang dijumpai..


duit syiling cina lama yang dijumpai di hutan MRSM MUAR

kesemua barang-barang lama diatas adalah koleksi hasil pemberian rakan-rakan
 dan juga yang dijumpai...


hak milik terpelihara..ahmad layali bin ahmad nordin


untuk maklumat lebih lanjut mengenai duit-duit lama dan mengubati penyakit 
yang berkaitan dengan sihir boleh hubungi saya di nombor telefon berikut :-
0123626660
0172396594
0173263872
0126730184
atau 
berkunjung ke laman sosial muka buka saya
layali nordin







Wednesday, 16 November 2011

punca stres

dalam diri sendiri,,,,harapan,keperibadian,pengalaman yang traumatik semasa kecil dan lain2 pengalaman.
tekanan rumah tangga,,perkahwinan,,,keibubapaan dan sebagainya...
tekanan sosial..masalah perhubungan tekanan dari kehidupan bandar atau kampung...
tekanan tugas,,,risiko tugas yang diberi,keadaan fizikal tugasan,organisasi,peranan dan komunikasi yang tidak berkesan

punca stres menurut Islam
Menurut pandangan Islam punca stres itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya dari kecelaruan dan kelemahan hati,roh,nafsu dan akal

Sesiapa yang berpaling dari ingatan dan petunukKu,maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia dihari kiamat dalam keadaan buta.....
(Toha;124)

Definisi stres

Merupakan tindak balas dari minda dan fizikal terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dipersekitaran individu..

stres dan kehidupan
stres merupakan suatu fakta dalam kehidupan harian yang tidak boleh dihindarkan.
tidak semua stres berbahaya dalam kadar tertentu stres boleh meningkatkan motivasi,penampilan,cuba mengatasi masalah dan matang
stres yang berlebihan boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental..

stres fizikal..diakibatkan oleh kuasa luaran seperti membawa barang berat,panas dan sebagainya..
stres biologikal..dahaga,lapar,perubahan fisiologikal akibat kecederaan atau penyakit...
stres psikologikal..tindak balas terhadap ancaman ,harga diri,banyak hutang dan sebagainy...

Tuesday, 15 November 2011

Takraw ,,,,,,

Sepak takraw....apa dah berlaku di Indonesia SEA Game.Saya sangat kecewa dengan Team Malaysia yang tewas ditangan Indonesia dalam regu dan pasukan.Usahlah kita menuduh orang lain punca kekalahan kita.Kenapa Thailand boleh menang disana?Ini kerana mental mereka sangat kuat dan tekong mereka mempunyai servis yang membawa mata.Pemain kita sering gagal membuat blocking dan seperti hilang punca...Pengurusan PSM tolong kembalikan kegemilangan MALAYSIA dalam sukan takraw.......

Friday, 11 November 2011

Mana Air

Selalu tak ada air,kadang ada kadang tidak sampai naik boring nak fikir pasal air.Air selalu tak ada tapi bil air tinggi gak.....tak faham dibuatnya.Asal ada perayaan besar mesti tak ada air.Nak buat apa pun tak boleh kerana tak diberitahu,Patutlah Parlimen Bakri kalah....YB atau yang berkenaan tolonglah pantau pasal air ni....Agaknya paip tu tahu bila nak pecah,mesin nak rosak pun pandai pilih hari....Syarikat Air yang berkenaan pastikan tak berlaku selalu benda macam ni....huhuhuhuhu meluat..

Wednesday, 9 November 2011

malaysia menang

tahniah pada pasukan negara.....menang lawan thailand 2-1....kalau tak lagi banyak score....memang best game tu puas hati tgk.....good luck

polis monyet pertama didunia

Monyet pertama bertugas sebagai anggota polis ialah di Thailand....Santisuk Phromdao bertugas di Sai Buri dalam wilayah Pattani...Usianya sekarang 5 tahun....

Friday, 4 November 2011

Hantu lumba kereta

Pada satu pagi yang dingin,kira2 dalam pukul tiga pagi.Ketika itu saya sedang memandu kereta dilebuh raya Melaka.Tiba-tiba sebuah MPV telah memotong kereta saya dan cara pemanduannya agak merbahaya.Saya tak kisahlah tapi sempat melihat kearah nombor MPV tersebut.Itu kali pertama dia memotong.Tidak lama kemudian bila sampai disatu persimpangan lampu isyarat,tiba2 MPV itu ada sebelah kereta saya.Pada mulanya saya tak perasan,tapi bila anak saya beritahu saya ituMPV tadi berdasarkan nombor dan warnanya barulah saya terfikir kat mana pulak dia berhenti,sedang kan tiada lorong dan tempat berhenti disitu.Itu pun masih tak apa lagi,walaupun ianya untuk kali kedua.Selepas itu saya terus memandu sehinggalah sampai disatu lagi persimpangan lampu isyarat,kebetulan lampunya bertukar merah.Apabila saya berhenti,tiba-tiba MPV muncul disebelah saya untuk kali yang ketiganya,saya pun menoleh kearah MPV tersebut.Didalamnya ada dua orang pemuda sedang mengangguk-anggukkan kepala nya,sedang kan tiada bunyi apa-apa yang kedengaran dari Mpv tersebut....saya pun terus membaca ayat kursi,al fatiha,dan 4 kul.Apabila isyarat bertukar,mereka pun terus memecut.dan sekelip mata terus hilang dari pandangan...terdetik dihati saya ini bukan manusia,ini syaitan yang cuba mengacau,dan seandainya kita sama-sama melayan kehendak mereka ,kita mungkin akan ditimpa kemalangan....Alhamdulillah hinggalah sampai dirumah,tiada lagi gangguan yang berlaku.

BANG THOYIB PULANG KAMPUNG

Wali - Cari Jodoh Live

WALI -YANK

WALI - Yank, Live Performed di Derings (Courtesy TransTV)

WALI - Aku Bukan Bang Toyib, Live Performed di Derings (Courtesy TransTV)

WALI, Aku Cinta Allah

Wali Aku Bukan Bang Toyib

KANGEN BAND, Jangan Menangis Lagi

Kangen Band-Kembali Pulang(with lirik)

Yakinlah Aku MenjemputMu

Saturday, 29 October 2011

cakap tak serupa bikin

Kalau kita lihat pada masa ini di fb dan blog2 yang ada,masing2 cerita tentang agama.Yang menghairankan tu bila kita masuk ke fb mereka,mereka sendiri tak tutup aurat dan ada gambar lucah dan bermacam-macam lagi.Konon nak bagi tau mereka ni orang baik,padahal bila kluar status ada yg lucah dan memaki hamun orang.Tak baik lah cam tu...Bukan semua yang macam tu,ada yang betul2 kita boleh ikut,tetapi kerana setitik nila habis susu sebelanga......Renung2 kan lah......

mcm org bodoh

Pelik tengok pemandu2 kat Malaysia ni.Ada yang malas nak bukak signal,ada yang dah sampai depan simpang baru nak bukak signal...haiiiiiiii pening kepala dibuatnya.Depan sekolah bawa kenderaan mcm pelesit..ada pulak yang reverse depan sekolah,masa sibuk tu lah dia pun sibuk nak undur kan kereta,ttak pasal2 timbul masalah kat situ.Orang lain pun sayang anak gak,tapi tak la bodo macam tu.....Kalau nak cerita pasal orang2 tak de sivik ni sampai bila pun tak habis.......

Friday, 28 October 2011

Minyak Dagu Dan Guna2

Ramai yang masih kurang percaya dengan benda2 sebegini.Tapi semakin canggih dunia ini semakin hebatlah ilmu2 ini berkembang.Antaranya ilmu pukau,ilmu pengasih,santau dan sebagainya.Semua itu adalah ilmu2 hitam yang semakin digemari oleh peminat2nya yang terdiri dari orang2 yang malas,yang ingin cepat kaya dan orang2 yang mempunyai perangai hasad dengki.Bagi orang2 yang malas dan ingin cepat kaya,ilmu yang sering  dituntut ialah ilmu pukau dan minyak dagu.Antara bahayanya ialah segala apa yang ada pada kita akan hilang sedikit demi sedikit atau sekali gus,termasuklah tubuh badan kita......

Tand2 terkena Minyak Dagu ialah
1..Dari benci berubah ke sayang
2..Patuh secara membuta tuli
3..Suka bergaduh
4..Sering menyendiri dan murung
5..Sentiasa sakit pada sendi2 utama
6..Sering sakit kepala dan pening
7..Lemah,lesu dan sering batuk
8..Berdebar tanpa sebab
9..Suka tidur tanpa mengira masa dan tiada motivasi diri
10..Suka berseorangan dan tidak suka sebarang pertemuan....

Cara dikenakan pada mangsa.....
1..Disapu pada tempat yang mempunyai nadi....pergelangan tangan dada dan leher
2..Melalui makanan dan minuman
3..Pada minyak wangi,pewangi kereta dan sapu tangan
4..Disapu pada pakaian seperti seluar dan sebagainya

Kesan dan akibatnya
Gila,penceraian,dihantui penyakit2 misteri,buat keputusan terburu2  dan mengecewakan melalui liku2 hidup yang sukar,hilang punca pendapatan dan tak tentu arah dan bagi wanita kitaran haid tak teratur......

Benteng diri dari terkena ilmu tersebut......amalkan yasiin ayat 9...Bismillah 5 dan 7....Surah al-Ikhlas....Surah al-Falak...Surah an-Nas....Ayat Kursi...Al Fatiha...amalkan setiap hari insyallah....

Sunday, 3 July 2011

Dari Aura Metafizik [keajaiban ayat kursi]

Baca sebanyak 170 kali selepas solat...insyaallah hajat akan dikabulkan....

Cergas akal dan mudah faham dalam pelajaran.....
Menyembuh pelbagai penyakit
Benteng menyekat pencuri dari masuk ke rumah.
Terselamat dari sihir,santau,jin,dan syaitan

Perkara yang paling digeruni manusia.......
Kemiskinan,,,,,,Tua,,,,Sakit,,,,Kehilangan orang yang disayangi,,,,,,Kritikan,,,,,,Kematian

Kunci kekayaan yang hakiki [Dwi-jutawan]

1. Membina keyakinan yang kuat kepada Allah swt
2..Sentiasa bertaubat kepada Allah
3..Belajar menjadi hamba yang bertakwa
4  Mulakan aktiviti dengan Solat Dhuha
5..Menjadikan diri suka menjalinkan silatulrahim
6..Gemar bersedekah
7  Menyempurnakan nikmat dengan bersyukur........

Faktor penentu kejayaan..
1..Memupuk sikap positif
2..Berazam untuk berjaya
3..Berusaha secara konsisten
4..Sentiasa fokus untuk berjaya....

Langkah menuju kejayaan....
1..Kejayaan bermula dengan imaginasi...2.Ikut contoh yang baik..3.Personaliti dan penampilan diri...
4.Berkawan dengan orang yang berjaya..5.Keyakinan diri..6.Elakkan pembaziran dan hutang
7.Inisiatif dan sifat2 kepimpinan..8.Minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara ..9..Berjaya mengawal emosi dengan baik..10..Amalkan untuk melakukan lebih dari yang dibayar..11..Pemikiran yang tepat...12..Tumpuan  [konsterasi].13..Pupuk semangat kerjasama dalam diri.14..Belajar dari kegagalan
15..Sikap toleransi

Akademi Aura Metafizik
Ustaz Fadhil bin Mohamad Amin

Saturday, 2 July 2011

Rahsia dalam rahsia oleh Akademi Aura Metafizik

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu;Demi sesungguhnya..jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya ,dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras....

Aswad bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda....Ubatilah orang yang sakit dengan [mengeluarkan] sedekah dan bentengilah harta -harta kamu dengan [mengeluarkan] zakat dan siapkan untuk [menjauhi] bala dengan berdoa.

Pelbagai kajian jenis2 tangisan dan membahagikan tangisan kepada 10 jenis tangisan...

Tangisan takut dan cemas....Tangisan sayang dan belas kasihan..Tangisan cinta dan rindu...Tangisan gembira dan bahagia....Tangisan putus asa kerana sakit dan tak sanggup menanggungnya...Tangisan kesedihan....Tangisan kemunafikkan [mata menangis tetapi hati sekeras batu].....Tangisan komersial [menangis mengiringi jenazah untuk dapatkan upah].....Tangisan persetujuan [ikut sama orang lain menangis]...Pura-pura menangis.....

Aura Metafizik

Friday, 17 June 2011

CINTA

Cinta?Apa itu cinta?Cinta ada bermacam jenis cinta.Ada cinta monyet,cinta segitiga,cinta duniawi dan macam-macam lagi.Kerana cinta juga manusia lupa pada agama,lupa asal usul dan segala-galanya.Tetapi sedalam mana pun cinta kita pada sesuatu kita jangan lupa cinta yang hakiki ialah cinta pada Allah SWT.......

Pada masa sekarang kita lihat ramai yang sanggup menggadai maruah hanya kerana cinta.Kita ambil contoh bagaimana anak-anak gadis kita terbabit dengan maksiat dan dadah hanya kerana cinta.Tewas daripada rayuan sang jejaka yang menjanjikan kebahagiaan yang belum tentu.Sanggup menderhaka kepada ibu dan bapa hanya kerana cinta.Ada juga yang membunuh atau dengan cara lain,hanya kerana dendam disebabkan cinta tak dibalas.

Pepatah juga ada menyebut,sayang selasih hamba lurutkan,,kerana kasih hamba turutkan dan habis madu sepah dibuang.Renung kan lah kata-kata ini jika anda sedang bercinta.Jangan menjadikan cinta untuk merosakkan kebahagiaan orang lain dan memuaskan hawa nafsu sendiri.Cinta yang ikhlas bukanlah yang
perlu dibalas dengan tubuh badan atau kekayaan tapi lahir dari hati yang suci dan bersih.Memang cinta itu buta tetapi Allah telah memberi kita akal fikiran yang harus digunakan sebaik mungkin.

Setiap hari adalah hari berkasih sayang,bukan hanya pada Valentines Day.Oleh itu wahai umat Islam yang dirahmati Allah,usah lah kita menyambut hari tersebut.Ini kerana Valentines Day ialah sambutan pada orang yang menjatuhkan Islam dan empayar Islam.Orang kafir sentiasa mencari peluang untuk menjatuh kan Islam.
Wahai orang yang bercinta jangan jadikan syaitan orang ketiga ketika bercinta.

Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.Kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana lagi.Kalau boleh biarlah cinta kita itu berpanjangan hingga keakhirnya dengan izin Allah...Insyaallh......Amin....

                  Wallahualam.........

In my mind.........layalinordin

Sunday, 12 June 2011

Angkara sihir......

Ilmu sihir telah sinonim dengan bangsa kita orang melayu atau bangsa melayu.Sihir juga telah menjahanamkan pemikiran orang melayu.kita.Ilmu sihir ini telah lama ujud di dunia ini sejak zaman jahiliah lagi.Percaya pada ilmu sihir adalah syirik hukumnya.AL QURAN ada menyebutnya,bah kan para-para ulama sendiri telah menghuraikannya.Tetapi kenapa sehingga kini masih ada manusia yang mengamalkannya.Ini kerana selagi ada perasaan hasad dengki sesama manusia dan juga janji syaitan yang akan menggoda umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari kiamat.Mari lah kita kembali pada perubatan Islam dan tinggal kan lah ilmu yang sia-sia ini.

Saya masih ingat lagi,angkara sihir lah saya habis ribuan ringgit dan kehilangan anak keempat saya.Hanya kerana berniaga kecil-kecilan saya telah dikenakan dengan ilmu jahanam itu.Bagaimana meja tempat saya berniaga di sapu dengan air mandi mayat.Rumah saya dihantar jin yang di panggil bajang dan saya sendiri disantau dengan santau angin.Apa salah saya dan keluarga pada mereka?Sedang kan rezeki itu Allah yang beri.......
Bagaimana perasaan anda jika melihat nasi yang baru dimasak menjadi basi.Nasi goreng yang dijual tak laku walaupun sebungkus.Apabila anda berniaga pelanggan tak nampak.Nasi yang tak habis dibuang atas rumput tak sampai lima minit rumput mati.Lalat yang sibuk selalu pun tak nak hinggap.Bagaimana perasaan saya ketika itu hanya tuhan yang tahu.

Setelah itu mula lah saya mencari orang yang pandai memulihkan keadaan itu.Saya dikenal kan dengan seorang bomoh yang kononnya handal dalam bidang itu.Rupa-rupanya bomoh tersebut memang mengamalkan ilmu sihir.Dia ada membela khadam atau suruhan.Khadam ini lah yang akan menjaga kita dan berlawan dengan sihir yang telah dikenakan kepada kita..tetapi ianya bersifat sementara sahaja.Apabila khadam ini lapar dia mula mengusik kita pula.Bila ini terjadi kita akan pergi semula pada bomoh tadi dan dia akan menggantikan dengan khadam yang lain.Begitulah seterusnya selagi kita pergi kepada bomoh yang sama...Berpindah pada bomoh yang lain maknanya kita akan menambah bilangan khadam dibadan kita.Wang ringgit jangan cerita kalah zakat dibuatnya.Tak ada yang dua tiga ringgit,semuanya bunyi ratus saja.

Saya pernah membuka tangkal yang diberi pada saya.Didalamnya hanyalah sekeping kadbod yang dipotong dalam bentuk segitiga.Diatasnya ada tertulis ayat kursi yang tulis dengan cara lintang pukang tidak mengikut aturan.Begitulah cara bomoh-bomoh ilmu ini mengaut keuntungan..Kita akan tertipu selagi kita tidak kembali pada perubatan islam.Yang penting kalau sakit kita jumpa doktor dulu.,bila berpanjangan barulah pergi perubatan islam.Untuk pengetahuan juga salah seorang bomoh yang saya pernah jumpa ini telah mati di tepi hutan.Beliau telah dimakan jin peliharaan sendiri.Badannya hangus seperti terbakar.Bomoh ini rupanya tak pernah mandi,ini tuntutan ilmu yang dipunyainya.Selama hidupnya dia berada dalam keadaan berhadas besar.Selisih nauzubillahminzalik...........  

Oleh itu nasihat saya berhati-hati lah ketika kita berubat.Jauhkan lah dari berjumpa dengan bomoh-bomoh yang mengamalkan ilmu ini.Tips nya senang saja antaranya menggunakan asap kerana asap kemenyan adalah makanan jin.Tangkal juga tak perlu....Oleh itu amalkan lah AL Fatihah..4 kul dan ayat kursi insyaallah kita akan di lindungi.......Wallahualam.......Sekian.........

layalicorner.blogspot.com

Saturday, 11 June 2011

pantun tah apa-apa

anak kambing naik basikal                                      
anak lembu naik motor
macam mana otak tak bebal
kerana dia seorang pengotor

atas tangga ada penyapu
bawah tangga banyak nyamuk
kenapa dia cakap merapu
kerana tua dan mula nyanyuk

dalam bakul banyak rambutan
ada pulasan ada buah pala
kalau perangai dah macam setan
ambil penyapu hentak kepala

dalam klinik ada doktor
pesakit datang naik ambulan
mat rempit jatuh dari motor
di riba pula jatuh nya bulan

saja suka-suka,hilang gak boring.............

Monday, 30 May 2011

Penantian kasih

Berikan aku ruang di hati mu
Untuk setitis kasih ku
Diri ku tak pernah jemu
Terus mencuba memujuk mu

Ku rindu hanya belaian
Ku ingin kan perhatian
Tak terhingga melayan perasaan
Rasa nikmatnya percintaan

chorus
Janjikan aku satu harapan
Agar terubat kekecewaan
Jangan biarkan dalam kekalutan
Usah jadi satu penantian
    Menanti satu siksaan
   Bagai gantung tak bertali
   Meneka dalam kesamaran
   Rasa hidup bagaikan mati
ooh..ooh........

solo.....ulang chorus 1x lagi.......


Lagu....Fadzli
Lirik...Layali...

Sunday, 29 May 2011

Sakit misteri

 Kami boleh menyelesaikan masalah anda seperti..

Susah tidur malam
Kena buatan orang
Mimpi buruk
Dan sebagai nya yang berkaitan dengan misteri..

Perubatan ada lah secara islam.Anda perlu tahu ayat Quran adalah antara penyembuh terbaik..
Kadang-kadang kita lupa dengan ini semua.Yang kita tahu jumpa bomoh dan baca mantera yang
bukan-bukan.Kita memperlekeh kan perubatan islam kerana kita malas nak buat amalan yang di beri dengan
alasan sibuk atau leceh lah.

Saya pernah merasa begitu dan akhirnya saya tertipu ribuan ringgit dan kehilangan anak yang di sayangi.
Saya pernah berjumpa 12 orang doktor semasa saya sakit.Jawapan mereka sama ia itu angin.Akhir nya saya
berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam.Dia memberi saya ayat-ayat dan wirit-wirit yang perlu
di baca selama 40 hari dari maghrib hingga isyak.Tujuannya ada lah untuk membuang santau angin yang
di kirim orang.Anda bayang kan selama 40 maghrib saya kena lumur putih telur seluruh badan dan selepas
mandi kena makan kuning telur yang di goreng dan minum air limau nipis.Akhir nya alhamdulillah saya sembuh
dengan kuasa tuhan.

 Anda tahu apa yang saya dapat selepas itu.Saya boleh merawat anak-anak dan yang memerlukan nya.
Saya juga dapat tahu siapa yang membuat saya.Dan yang penting nya saya juga mendapat pahala dari amalan-amalan saya.

Nasihat saya anda perlu ke hospital dulu.Bila doktor sah kan tak sakit barulah kita mencuba cara islam.
Selawat nabi..Ayat qursi dan 4 qul adalah antaranya yang senang untuk di guna kan semasa kita terdesak,
contoh nya histeria atau di rasuk.Banyak tempat perubatan islam yang anda boleh pergi,Jangan sampai
tertipu oleh bomoh mata duitan.Amal kan lah selepas maghrib hingga isyak insyaallah mujarab.Yakin lah bahawa air yang telah di bacakan ayat-ayat suci akan menjadi ubat penyembuh penyakit,
Wallahualam.....Insyaallah......Asalamualaikum.....

Siapa dia

Aku melihat seorang gadis ayu
Wajah nya manis cantik sekali
Siapa diri mu
Mana asal mu
Tak tahu...

Rindu hati ku ingin bertemu
Si gadis ayu menawan hati
Tapi tak pasti
Mana ku cari
Tak jumpa....

chorus
Akan ku cari
Kemana saja
Mana....
Siapa dia
     Anak siapa
     Tinggal di mana
     Hampa....
     Tidak ku jumpa..

Akan ku cari walau di mana
Hingga berjumpa pujaan hati
Sejauh mana
Setinggi mana ku cari
Pasti ku jumpa


solo,,,ulang semua 1x lagi


Lagu..Fadzli....Layali
Lirik...Layali

Derita dari Gaza

Lihat di sana
Anak kecil menangis
Kemana pergi ayah dan ibu

Atas kepala
Beribu peluru
Bersimpang siur
Tiada arah

Siapa yang kena
Pasti binasa
Hilang lah nyawa
Tinggal lah dunia

Hanya yang tinggal
Debu dan benda
Tiada guna tiada kuasa

chorus
Oh dunia bantu lah mereka
Tanpa mengira apa bangsanya
Oh dunia tolong lah mereka
Mereka mangsa tak berdosa

Gaza kau bawa cerita
Gaza kau bawa derita
Gaza kau bawa berita
Derita mangsa tak berdosa


Apakah dosa mana salah mereka
Menjadi mangsa di bumi sendiri
Tiada kuasa tiada harta
Di rampas oleh pengganas dunia

solo....ulang semua 1x lagi

Lagu...Layali...Fadzli
Lirik....Layali...

Meniti hidup

Suci mu bagai embun
Yang menitis
Di tengah malam

Kau umpama mutiara
Yang putih bersih
Bagai salju yang tak di cemari

Kini engkau
Sendirian meniti hidup
Di tengah kota metropolitan

chorus,,,,
Kini engkau terdampar
Di kota yang penuh kekalutan
Mampu kah engkau menahan nya
Segala godaan,,,,
   Masih kah ada kesempatan ini
   Untuk pulang ke pangkal jalan
   Jalan  yang di redhai tuhan
   Tiada dosa atau kesesatan

solo....ulang semua 1x

Kau umpama mutiara
Yang putih bersih
Bagai salju yang tak di cemari



Lagu,,,Fadzli..
Lirik,,,,,Layali

Keresahan

Hati sepi yang di landa
Menangis ku sendiri
Mengenang dalam duka
Mencari erti yang tak pasti

Bagai kan layang-layang
Ada tali ada pandu nya
Tapi bagi diri ku
Entah mana nak ku tuju

chorus.....
Terima lah kasih ku
Yang hanyut dalam mimpi syahdu
Agar hilang ku bertuju
Yang mencari kasih yang tak ku temui
Sambut lah gapai tangan ku
Yang jatuh hilang di mana
Bagai siang tak terlihat

Pada mu tuhan yang satu
Ku berserah hanya kepada mu
Tunjuk kan pada ku
Hindari lah dari jalan yang berliku

solo,,,,,,ulang semua 1x lagi,,,,,,

Lagu...Fadzli
Lirik,,,Layali

Jauhi derhaka

Dari kecil kita
Di belai di manja
Apa yang di pinta
Pasti di beri saja

Ayah dan juga bonda
Menjaga penuh setia
Tidak mengira apa
Ceria atau derita

chorus,,,,,
Mereka mula meningkat tua
Kita pun mula dewasa
Tanggungjawab kita
Menjaga mereka berdua
   Jangan tinggal mereka
   Kedua ibu dan bapa
   Usah menjadi derhaka
   Sayangi mereka berdua

solo,,,ulang semua 1x lagi


Lagu,,,,Fadzli
Lirik....Layali

Jalan pulang

Ku mencari jalan pulang
Jalan pulang ke abadi
Apakah kan aku jumpa
Arah tuju jalan itu

Pencarian masih samar
Terumbang ambing dalam gelora
Satu kesan masih abadi
Dalam hati dalam jiwa

chorus,,,
Tertusuk duri pasti sembuh
Patah hati kan berganti
Keras hati akan rapuh
Tertipu diri padah menanti
    Lewat tersedar maruah tercalar
    Akan tersisih hidup tersasar
    Jiwa tertekan tiada sabar
    Hancur musnah hidup terlantar


Dalam gelap perjalanan
Pasti ku jumpa jalan pulang
Tekad meniti hari depan
Dengan senyuman kan ku kotakan

solo,,,ulang chorus,,,rangkap akhir      1x

Lagu....Layali,,,,Fadzli
Lirik,,,,,Layali....

Saturday, 28 May 2011

Pelangi

Pelangi ciptaan tuhan
Warna yang gemilang
Seri mu sinar cemerlang
Tiada bandingan

Cahaya yang terang
Kurniaan ilahi
Kau hadir dalam bayangan
Bersama pelangi

Walaupun hujan menimpa sahara
Tak mungkin hilang panas di bumi
Cinta bagai bebayang di usir
Makin di usir semakin hampir

chorus
Bintang-bintang berkedipan indah ]
Sinar cahaya nya menyirami bumi              2x
Kau umpama bulan yang mengambang
Cantik di mata di hati ini ..........]

Engkau mutiara hati
Engkau permaisuri
Di dalam tidur kau hadir
Menghiasi mimpi

solo.....ulang chorus.....rangkap akhir

Lagu....Fadzli
Lirik...Layali

Suara hati

Indah mu bagai pelangi,
Harum mu mawar berduri
Setia mu bagaikan Romy
Kasih yang kekal abadi

Bagai titis embun pagi
Suci nan bersih tak di cemari
Hati mu bagaikan Juli
Yang cekal meniti hari,

chorus,,
Setia mu wahai kekasih
Menghadapi segala rintangan
Walau hujan panas menimpa
Engkau bersama rela tempuhi
   Hati ku sudah terguris
   Setelah engkau pergi
   Tinggal aku seorang diri
   Mengenang kisah sendiri

Pada mu oh ilahi
Aku himpun kan doa ini
Moga diri mu diberkati
Di alam kekal abadi

solo....ulang chorus...dan rangkap akhir...

Lagu,,,,,,Fadzli
Lirik,,,,,Layali.

Terpinggir

Ingin ku cari
Damai di hati
Meluahkan rasa
Pada yang sudi

Sunyi mencengkam jiwa
Menangis ku sendiri
Pada siapa kan ku
Luahkan......

chorus,,
Berdiri tak sama tinggi
Duduk tak sama rata
Aku bagai terhina
Umpama tiada di mata
   Aku telah mencuba
   Berbagai cara
   Agar diri ku di mulia
   Tapi di mana silap nya
   Dimana salah nya
   Hingga terjadi sedemikian rupa......

Berikan aku setitik kasih mu  ,,,,]  
Walaupun untuk                        
Sekejap waktu.....]                  2x

solo....ulang chorus....
 

Lagu.....Fadzli
Lirik,....Layali

Gubahan cinta luka berdarah,

Hancur nya hati ku,
Setelah engkau pergi,
Sepi derita nya aku
Tiada mu di sisi ku lagi,,

   Cinta kita tinggal kenangan
   Segala cita tak dapat di kota
   Impian ku tak capai di angan
   Musnah bersama deraian air mata,

chorus

Dosa apa kah gerangan
Hingga terjadi sedemikian
Gadis suci terjahan
Jadi mangsa tanpa belas kasihan,,

Cinta kita terkubur bersama
Pusara sepi msnjadi saksi
Engkau bagai di mana -mana
Hati sepi tersiksa nya diri,

Gubahan cinta luka berdarah,
Nukilan dari insan terluka,
Cinta suci menjadi sejarah.
Angkara manusia yang tak bermaruah

solo.......ulang chorus..dan rangkap akhir

Lagu,,,,Fadzli
Lirik....Layali....Nazri

Sabarlah wahai hati

Terbenam matahari
Sepi terasa sunyi
Ufuk mulai pergi
Tinggalkan aku sendiri,,

Siang berganti malam
Gelap tanpa di undang
Sang bulan yang datang
Wajah muram menjadi riang

chorus//
Gundah gulana hati ini
Apakah kan terjadi
Andai tiada matahari
Sabarlah wahai hati
   Esok pasti menjelma lagi
   Siang pasti kembali
   Itu lah takdir ilahi
   Sabar lah wahai hati,

Kekusutan di hati
Kini terurai kembali
Yang pergi dah kembali
Itu lah kehidupan sejati

solo.....ulang chorus..dan rangkap akhir


Lagu,,,,Fadzli ,,,Layali
Lirik,,,,Layali

Baik Dan Buruk

Tapak kaki kecil,
Memang nampak molek,
Jahat dan degil,
Perangai memang jelek,

Senyum nya menawan,
Saling menyayangi,
Kata usah di lawan,
Baru di sayangi

chorus,,

Hati mesti bersih
Otak pasti cerdik,
Orang yang pengasih,
Wajah nampak cantik,

Hidup di dunia,
Jangan sombong diri,
Jiran mesti di sapa,
Mesti di hargai

Mari kita semua,
Jangan diam saja,
Jaga daulat negara,
Setia kepada raja,

ulang 1x lagi

Lagu,,,,Layali
Lirik,,Layali

Kekuasaan ilahi

Terbit nya mentari pagi.
Di subuh sunyi
Syukur ku pada ilahi.
Kerna dapat ku melihat mentari.

Cahaya nya mula menyinari,
Di segenap pelusuk negeri,
Indah nya cahaya pagi,
Segar memandang di mata ini,

chorus//
Hidup ku sekali lagi,
Bermula lah cerita ini,
Kisah kehidupan duniawi,
Yang penuh kasih dan air mata ini,

Hati ku berkata lagi,
Itu lah kebesaran ilahi,
Tiada yang dapat menandingi,
Itu lah kekuasaan ilahi,
Kepada duniawi........3x

solo...ulang chorus...1x

Lagu;Layali ,,Adi
Lirik;Layali

Kartika

Nama mu ada lah bintang.
Yang indah berkelipan.
Di langit tinggi yang terang.
Yang cantik gemerlapan.

Wajah mu yang ayu
Senyum mu menawan.
Lirikan mata mu.
Pasti kan tertawan.

Anggun nya peribadi mu.
Sopan santun tertib nya.
Lemah lembut gaya mu.
Manis tutur bicara nya.

chorus//

Kartika seindah nama nya.
Kartika sesuci hati mu.
Kartika tiada dua nya.
Kartika engkau yang pertama.      2x

solo...ulang chorus 2x

Teguh kan peribadi mu.
Usah kau lupa kan diri.
Apa yang ada pada mu.
Anugerah dari ilahi.  

Wednesday, 18 May 2011

MUSAFIR YANG KU HINA

Kau musafir ku hina,
Seorang insan tak berdosa,
Menjadi mangsa manusia leka,
Pada pahala syurga dan neraka...

Wahai Tuhan ampuni dosaku,
Kerana menghina insan lemah itu,
Apakah dosa...apakah salahnya...
Hingga di hina sebegini rupa..

C/O
Tiada insan hina,
Semuanya sama,
Dijadikan Tuhan di dunia,
Sedarlah manusia kasih sayang bermakna,
Di antara kita sesama manusia..

Ulang vers 2&C/O 2x

Lagu : Adi
Lirik : Ahmad Layali