Friday, 4 November 2011

Hantu lumba kereta

Pada satu pagi yang dingin,kira2 dalam pukul tiga pagi.Ketika itu saya sedang memandu kereta dilebuh raya Melaka.Tiba-tiba sebuah MPV telah memotong kereta saya dan cara pemanduannya agak merbahaya.Saya tak kisahlah tapi sempat melihat kearah nombor MPV tersebut.Itu kali pertama dia memotong.Tidak lama kemudian bila sampai disatu persimpangan lampu isyarat,tiba2 MPV itu ada sebelah kereta saya.Pada mulanya saya tak perasan,tapi bila anak saya beritahu saya ituMPV tadi berdasarkan nombor dan warnanya barulah saya terfikir kat mana pulak dia berhenti,sedang kan tiada lorong dan tempat berhenti disitu.Itu pun masih tak apa lagi,walaupun ianya untuk kali kedua.Selepas itu saya terus memandu sehinggalah sampai disatu lagi persimpangan lampu isyarat,kebetulan lampunya bertukar merah.Apabila saya berhenti,tiba-tiba MPV muncul disebelah saya untuk kali yang ketiganya,saya pun menoleh kearah MPV tersebut.Didalamnya ada dua orang pemuda sedang mengangguk-anggukkan kepala nya,sedang kan tiada bunyi apa-apa yang kedengaran dari Mpv tersebut....saya pun terus membaca ayat kursi,al fatiha,dan 4 kul.Apabila isyarat bertukar,mereka pun terus memecut.dan sekelip mata terus hilang dari pandangan...terdetik dihati saya ini bukan manusia,ini syaitan yang cuba mengacau,dan seandainya kita sama-sama melayan kehendak mereka ,kita mungkin akan ditimpa kemalangan....Alhamdulillah hinggalah sampai dirumah,tiada lagi gangguan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment