Sunday, 12 June 2011

Angkara sihir......

Ilmu sihir telah sinonim dengan bangsa kita orang melayu atau bangsa melayu.Sihir juga telah menjahanamkan pemikiran orang melayu.kita.Ilmu sihir ini telah lama ujud di dunia ini sejak zaman jahiliah lagi.Percaya pada ilmu sihir adalah syirik hukumnya.AL QURAN ada menyebutnya,bah kan para-para ulama sendiri telah menghuraikannya.Tetapi kenapa sehingga kini masih ada manusia yang mengamalkannya.Ini kerana selagi ada perasaan hasad dengki sesama manusia dan juga janji syaitan yang akan menggoda umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari kiamat.Mari lah kita kembali pada perubatan Islam dan tinggal kan lah ilmu yang sia-sia ini.

Saya masih ingat lagi,angkara sihir lah saya habis ribuan ringgit dan kehilangan anak keempat saya.Hanya kerana berniaga kecil-kecilan saya telah dikenakan dengan ilmu jahanam itu.Bagaimana meja tempat saya berniaga di sapu dengan air mandi mayat.Rumah saya dihantar jin yang di panggil bajang dan saya sendiri disantau dengan santau angin.Apa salah saya dan keluarga pada mereka?Sedang kan rezeki itu Allah yang beri.......
Bagaimana perasaan anda jika melihat nasi yang baru dimasak menjadi basi.Nasi goreng yang dijual tak laku walaupun sebungkus.Apabila anda berniaga pelanggan tak nampak.Nasi yang tak habis dibuang atas rumput tak sampai lima minit rumput mati.Lalat yang sibuk selalu pun tak nak hinggap.Bagaimana perasaan saya ketika itu hanya tuhan yang tahu.

Setelah itu mula lah saya mencari orang yang pandai memulihkan keadaan itu.Saya dikenal kan dengan seorang bomoh yang kononnya handal dalam bidang itu.Rupa-rupanya bomoh tersebut memang mengamalkan ilmu sihir.Dia ada membela khadam atau suruhan.Khadam ini lah yang akan menjaga kita dan berlawan dengan sihir yang telah dikenakan kepada kita..tetapi ianya bersifat sementara sahaja.Apabila khadam ini lapar dia mula mengusik kita pula.Bila ini terjadi kita akan pergi semula pada bomoh tadi dan dia akan menggantikan dengan khadam yang lain.Begitulah seterusnya selagi kita pergi kepada bomoh yang sama...Berpindah pada bomoh yang lain maknanya kita akan menambah bilangan khadam dibadan kita.Wang ringgit jangan cerita kalah zakat dibuatnya.Tak ada yang dua tiga ringgit,semuanya bunyi ratus saja.

Saya pernah membuka tangkal yang diberi pada saya.Didalamnya hanyalah sekeping kadbod yang dipotong dalam bentuk segitiga.Diatasnya ada tertulis ayat kursi yang tulis dengan cara lintang pukang tidak mengikut aturan.Begitulah cara bomoh-bomoh ilmu ini mengaut keuntungan..Kita akan tertipu selagi kita tidak kembali pada perubatan islam.Yang penting kalau sakit kita jumpa doktor dulu.,bila berpanjangan barulah pergi perubatan islam.Untuk pengetahuan juga salah seorang bomoh yang saya pernah jumpa ini telah mati di tepi hutan.Beliau telah dimakan jin peliharaan sendiri.Badannya hangus seperti terbakar.Bomoh ini rupanya tak pernah mandi,ini tuntutan ilmu yang dipunyainya.Selama hidupnya dia berada dalam keadaan berhadas besar.Selisih nauzubillahminzalik...........  

Oleh itu nasihat saya berhati-hati lah ketika kita berubat.Jauhkan lah dari berjumpa dengan bomoh-bomoh yang mengamalkan ilmu ini.Tips nya senang saja antaranya menggunakan asap kerana asap kemenyan adalah makanan jin.Tangkal juga tak perlu....Oleh itu amalkan lah AL Fatihah..4 kul dan ayat kursi insyaallah kita akan di lindungi.......Wallahualam.......Sekian.........

layalicorner.blogspot.com

No comments:

Post a Comment