Cinta?Apa itu cinta?Cinta ada bermacam jenis cinta.Ada cinta monyet,cinta segitiga,cinta duniawi dan macam-macam lagi.Kerana cinta juga manusia lupa pada agama,lupa asal usul dan segala-galanya.Tetapi sedalam mana pun cinta kita pada sesuatu kita jangan lupa cinta yang hakiki ialah cinta pada Allah SWT.......
Pada masa sekarang kita lihat ramai yang sanggup menggadai maruah hanya kerana cinta.Kita ambil contoh bagaimana anak-anak gadis kita terbabit dengan maksiat dan dadah hanya kerana cinta.Tewas daripada rayuan sang jejaka yang menjanjikan kebahagiaan yang belum tentu.Sanggup menderhaka kepada ibu dan bapa hanya kerana cinta.Ada juga yang membunuh atau dengan cara lain,hanya kerana dendam disebabkan cinta tak dibalas.
Pepatah juga ada menyebut,sayang selasih hamba lurutkan,,kerana kasih hamba turutkan dan habis madu sepah dibuang.Renung kan lah kata-kata ini jika anda sedang bercinta.Jangan menjadikan cinta untuk merosakkan kebahagiaan orang lain dan memuaskan hawa nafsu sendiri.Cinta yang ikhlas bukanlah yang
perlu dibalas dengan tubuh badan atau kekayaan tapi lahir dari hati yang suci dan bersih.Memang cinta itu buta tetapi Allah telah memberi kita akal fikiran yang harus digunakan sebaik mungkin.
Setiap hari adalah hari berkasih sayang,bukan hanya pada Valentines Day.Oleh itu wahai umat Islam yang dirahmati Allah,usah lah kita menyambut hari tersebut.Ini kerana Valentines Day ialah sambutan pada orang yang menjatuhkan Islam dan empayar Islam.Orang kafir sentiasa mencari peluang untuk menjatuh kan Islam.
Wahai orang yang bercinta jangan jadikan syaitan orang ketiga ketika bercinta.
Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.Kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana lagi.Kalau boleh biarlah cinta kita itu berpanjangan hingga keakhirnya dengan izin Allah...Insyaallh......Amin....
Wallahualam.........
In my mind.........layalinordin
:)
ReplyDeleteinsyaallah..
stuju dgn ayah....:)